AraNadeaMythology: Main Masak Masak 5

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Sunday, March 20, 2011

Main Masak Masak 5

Hari post entry makanan je la ekk..
Senang.. hehe.. xde idea sebenarnye..
Hati tu (tak ingat hari ape) buat cucur manis..
Opah memang suke buat cucur ni..
Tambah tambah bile die masak kari sebab cucur ni sedap dicicah dengan kuah kari..

Cucur Manis

Bahan-bahan ( Sepinggan )

  • 2 Cawan tepung gandum
  • Sebiji telur
  • 4 Sudu besar gula
  • 1 1/2 Cawan air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Campur tepung, gula dan ai dalam bekas, gaulkan. Jangan terlalu cair.
  2. Masukkan telur dan gaul bersama bancuhan tadi.
  3. Panaskan minyak.
  4. Jemput bancuhan menggunakan sudu dan goreng sehingga keperangan.
  5. Habis goreng boleh angkat dan hidang. Makan cicah dgn kuah kari. Sedap! Boleh dimakan bila2 masa.
(ok aku copy paste dari yang aku tulis kt myresipi.com maleh nak taip balik.. hehehe)


siappp.. hasil untuk sepinggan makan!

No comments: