AraNadeaMythology: Holiday

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Thursday, March 22, 2012

Holiday

Assalamualaikum dan selamat petang..
Fuhh, panas betul hari ni..berapa gelen air dah minum pun tak tau lah.. huhu
Selalunya time panas macam ni dapat berenang di dalam swimming pool sangat best..
Tak kisah lah berendam dalam swimming pool ke, sungai ke mesti syok sangat lah hoi!
Berbalik pasal holiday ni, bukan saya yang pergi holiday, tapi abang saya..
Sangat lah JEALOUS! caps lock di situ ya.. haha..

Bertuah lah abang saya dapat holiday ke Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu..
Saya sendiri pun belum pernah menjejak kan kaki di situ..
Abang saya dari tahun lepas plan nak pergi holiday dengan kawan kawan dia..
Tup.. tup.. jadi jugak lah kan.. rezeki..

Bila sebut pasal holiday ni teringat kenangan semester 6 masa diploma dulu..
Saya sendiri telah bercuti di Langkawi bersama rakan rakan kelas..
Almaklum lah rombongan cik kiah la katakan..
Memang teruja sangat masa tu.. bagi saya itu adalah kali pertama pergi ke Langkawi..
Ok, saya masih jakun walaupun sudah 2 tahun berlalu.. hehe :P
Walaubagaimana pun, masa sampai je sana..
Panas ya amat lahhh.. masa tu lah semua rakan rakan bergaya dengan shades masing masing..
Bergaya sakan lah kata kan.. haha..

Kami mula kan holiday di Langkawi dengan Island Hopping..
Masa Island Hopping tu kami pergi ke 3 buah pulau, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Helang..
Keesokkan harinya kami pilih untuk mandi laut time 7 pagi, masih dingin, belum lagi matahari memancar dengan terik..
Next pitstop was at Langkawi Cable Car.. serius saya gayat.. tapi gigih hingga ke puncak Gunung Mat Cincang.. yeahh!! :D
Lepas tu kami semua berjalan jalan di sekitar Pekan Kuah..
Tak lupa dengan memborong chocolate di Kedai Haji Ismail yang famous amos tu haa..
Tapi kan, saya tak sempat nak bergambar dengan helang tu..
Ni la akibat nya bila teruja tengok orang bergamabr dengan ular kat situ..
Oh, pembetulan, kawan kawan saya yang teruja sebab mereka yang bergambar dengan ular..
Tak tahu nak kata teruja atau takut sebenarnya.. huhu

Bagaimana pula pengalaman percutian/holiday anda.?
Best ke tidak.? :D


Langkawi Trip 2010
Langkawi Trip 2010


*rindu sangat time ni..
p/s: saya bersebelahan dengan wawa zolkepli dibawah tu :)

2 comments:

Puan Besar Shag Yahaya said...

Kan. Hidung Shag dah lah sensetip, terpaksa bawak wet tissue. Bawah hidung cepat kering lepas tu jadi pedih ;'(

Shag tak pernah lagi p Langkawi. Teringin nak p :D

Senorita Ara said...

pegi ramai2 dgn kawan2 best woo cikgu shag.. hee~