AraNadeaMythology: Ironi Kehidupan

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Thursday, March 28, 2013

Ironi Kehidupan

Apakah yang di maksudkan dengan ironi.?
Mengikut Kamus dewan Edisi ke-4 ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya.

Penjelasan itu mungkin anda kurang faham.
Untuk memudahkan anda semua, aku akan jelaskan.
Ironi adalah sesuatu yang terjadi bertentangan dengan apa yang disangkakan dari hakikat yang sebenarnya.

Pada masa kini, ibu bapa sangat takut jika anak mereka didedahkan dengan perhubungan seks.
Bahkan, 'sex education' telah ditolak sebulat suara oleh kebanyakan penduduk Malaysia.
Mereka takut jika anak mereka akan terjebak dengan gejala sosial yang semakin menular.
Hakikatnya, jikalau kita lihat iklan di televisyen sekarang banyak iklan yang ditujukan khas untuk golongan orang dewasa di mana kebanyakan produk adalah untuk menguatkan hubungan intim suami isteri.
Tak kurang hebatnya di dalam majalah dan juga di surat khabar.
Jus perapat, payudara mantap dan macam-macam lagi produk ini menjadi tanda tanya kepada golongan kanak-kanak dan 'young adults'.
Dengan adanya teknologi pada masa kini, golongan kanak-kanak dan 'young adults' ini akan mencari jawapan kepada persoalan yang wujud di minda mereka.
Tidakkah ini juga akan mencetuskan terjadinya gejala sosial?
Di usia kecil kita telah mendedahkan mereka kepada hal yang sepatutnya menjadi rahsia suami isteri namun dipertontonkan kepada mereka yang belum matang dan akil baligh.
Tidakkah itu menunjukkan ironinya masyarakat kita.?

Disamping itu itu, lawak jenaka pada hari ini juga sangat gemar membuat lawak 'double meaning'.
Tidakkah anda sedar bahwa penonton anda juga terdiri dari golongan kanak-kanak?
Tidak kurang juga dengan masyarakat yang mengajar supaya jangan berbuat jahat kepada orang lain.
Walaupun sebenarnya mereka sendiri menjadi raja kapitalis di kalangan masyarakat tersebut.

Ya, pada masa kini kita semakin leka dan telah terjerumus kepada sesuatu yang kita hendak elakkan pada tujuan asalnya.
Kita semakin lupa dan akhirnya terjadilah ironi di dalam kehidupan seharian.




Kita diberikan akal oleh Allah untuk berfikir, jadi gunakan dengan sebaiknya.




2 comments:

Nurrul said...

tULAH.. ZAMAN sekarang budak2.. takut nya lahai... bukan kepalang.. memang takutsgt.. minta2 kita tak terlibat dalam hal2 begini..

Ara Nadea said...

doa yang baik2 saja.. aminn