AraNadeaMythology: Testimoni Dipercayai

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Saturday, March 30, 2013

Testimoni Dipercayai

Tengah malam macam ni barulah ada idea nak menaip.
Tiba-tiba je muncul.
Ah. Layan aje lah kan.

Nak dijadikan cerita semua ni bermula tengah hari tadi.
Aku ni dok la sibuk menekan page kedai menjual barang kecantikan.
Kan sekarang ni tengah hot produk memutihkan, mencerahkan, segala 'men' lah haa.
Setiap kali aku tekan, gambar tu, gambar tu keluar setiap kali aku tekan.
Balik-balik gambar tu, gambar ni, gambar si A,B,C.

Kadang-kadang aku terfikir jugak, adakah benar gambar itu hasil penggunaan produk tersebut?
Atau hanya propaganda semata-mata.? pergh ayat macam bagus sangat je.
Haa.. yang stokis semua jangan pulak marah aku.
Aku tak kata kau orang semua menipu.
Cuma gambar tu je yang meragukan.

Lain lah kalau produk tu ada dutanya tersendiri.
Barulah sohih. Boleh dipercayai.
Gambar lain tu macam tak perlu je la kan.
Cadangan aku, sila guna produk yang anda jual.
Sendiri cuba try test.
Catatkan segala details perubahan yang berlaku pada diri sendiri.
Kongsikan bersama future prospects. maafkan ayat yang keterlaluan ni
Letak gambar sendiri.
Letak gambar tangan. eh.
Betul lah takkan muka je yang putih tangan mesti putih jugak kan.
Bukan tapak tangan, hish takkan tak paham pulak.
Lengan tu aurat paham.

Aku cakap sebab aku belajar selok belok perniagaan ni.
So, aku nak kongsi dengan orang lain.
Knowledge is for us to share.

Dah aku lapar. Nak cari biskut nak makan.


No comments: