AraNadeaMythology: Akan Ku Tunggu #1

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Saturday, April 20, 2013

Akan Ku Tunggu #1

"Jangan kau sentuh walaupun seinci tubuh Azura" tegas Dalili.
"Pasal kau lah perempuan, pasal kau, isteri aku berani melawan cakap aku" balas Haikal.

Lamunan Dalili terhenti.

*******************************************************************************

Kenangan 2 tahun lepas masih segar diingatan gadis berusia 25 tahun itu.
Hannah Dalili, gadis manja yang sering tersenyum. Senyuman itulah yang sering membuat hati mana-mana lelaki cair melihatnya. Lelaki yang dahulu musuh ketatnya kini, menjadi suaminya. Siapa sangka api dan api mampu bersatu.

"Aku tak percaya yang kau boleh kahwin dengan mamat gila tu Lili." seloroh Faliq
"Tahu tak apa Jannah. Aku ingat Lili ni couple dengan Rizal. Ye lah mana tak nya, kau berdua kan rapat Lili.Tau tau je kau kahwin dengan Haikal. Macam pelik pun ada." ujar Malik.

Faliq dan Malik dua sahabat sejati merangkap mantan senior Dalili.

"Rizal? Abang Rizal, Lili minta maaf." bergenang air mata Lili namun disorokkannya dari dua temannya itu.

"Kau ok ke Lili?" soal Malik.

"Eh, tak ada apa-apa lah. Adik ok je." Lili berdalih. Adik, itulah kata nama yang digunakan Lili bersama seniornya. Lili menaggung segala kesedihan sendirian kerana apa saja pilihan yang dibuatnya adalah bersebab dan atas dasar persahabatan. Tidak satu yang tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Cool Blaze Cafe, di cafe itu bermulanya segala kenangan pahit dan manis di dalam hidup Hannah Dalili. Perkenalannya bersama seorang insan yang telah menyentuh hatinya, Rizal Ashraf. Lelaki itulah yang telah bertakhta dihatinya sebelum Haikal Mahfuz. Atau itukah yang disangkakan.

Lili beredar setelah meninggalkan seribu pertanyaan di minda Malik dan Faliq. Kedua sahabat ini berasa hairan dengan kelakuan Lili yang semakin hari semakin janggal.

Lili mengusap perutnya.

********************************************************************************

"Kau pergi mana tadi?." soal Haikal.

"Aku pergi mana bukan urusan kau." bentak Lili.

"Aku suami kau, aku berhak tahu mana kau pergi." Haikal semakin berang.

Sekali lagi Lili hanyut didalam kenangan lalu.

"Sayang, menung apa tu?." sapa Haikal lembut.

"Eh, abang dah balik?. Tak dengar pun kereta abang." balas Lili kehairanan.

"Mana nak dengar dah sayang termenung jauh sangat. Entah dah sampai ke planet pluto. He he." Haikal cuba untuk menenangkan hati isterinya itu.

Haikal Mahfuz, lelaki berkarisma yang pasan baran ini mampu berubah 360 darjah setelah dimiliki Dalili. Hatinya terusik. Hatinya meronta. Kerana haikal mengetahui hakikatnya, Dalili menghormatinya sebagai suami namun bukan sebagai kekasih hati.

"Ni, aku yang bukak pintu untuk dia Lili." Azura meluru masuk kedalam bilik.

Azura Sabila, gadis polos yang dahulunya teman baik Dalili kini menjadi madunya. Azura sebagai isteri pertama dan Dalili sebagai isteri kedua kepada Haikal Mahfuz.

***************************************************************************

Ku akui sungguh beratnya, 
meninggalkan mu yang dulu pernah ada, 
namun harus aku lakukan 
kerna aku tahu ini yang terbaik

 Lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian Judika berkumandang di corong radio.

"Abang cintakan Lili, jangan kahwin dengan dia Lili, Please, please don't. I love you so much.Abang minta maaf abang tak jujur dengan Lili. Tapi abang betul-betul cintakan Lili. Perasaan abang ikhlas." rayu Rizal.

Rizal Ashraf, seorang Marketing Manager berusia 32 tahun. Kehidupannya berubah setelah kehilangan cinta bernama Hannah Dalili. Air matanya menitis tatkala lagu tersebut didendangkan. Sungguh berat dugaan yang di tanggung.


BERSAMBUNG...............................................................



Akan Ku Tunggu, meski aku bukan yang pertama, akan aku jadi yang terakhir.
Akan Ku Tunggu, meski aku dilupakan, akan ku ingatkan semula.
Akan Ku Tunggu, meski aku di uji, kerana aku yakin cinta kita kan bersatu.












No comments: