AraNadeaMythology: Aku Terkilan.

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Sunday, April 28, 2013

Aku Terkilan.

Malam semalam macam biasa aku tidur lambat.
Menghadap Facebook yang semakin sepi.
Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian ku di timeline.

Al kisahnya, ada lah seorang hamba Allah ni.
Ingin menasihati seorang gadis yang upload aksi Gwiyomi nya di laman sosial tersbut.
Permulaannya cukup indah, dan aku meneruskan pembacaan.

Namun, aku sangat terkilan dan terkejut.
Sebuah nasihat akhirnya bertukar menjadi mengaibkan gadis tersebut.
Hamba Allah ini terus tag rakan rakan lelakinya di video gadis tersebut.

Aku kasihan kan gadis itu. Kesalahan sekecil itu tapi di serang sebegitu teruk.
Apa yang lebih membuat aku terkilan adalah, Hamba Allah itu sangat terkenal di alam maya.
Cukup terkenal kerana hasil penulisan yang tiada cacat celanya.

Aku ingin mengingatkan para ilmuan di luar sana.
Anda memiliki ilmu yang lebih dari kami ini tetapi cukup jahil untuk membezakan menasihati dan mengaibkan.
Maka betullah kata ahli bijak pandai, tiada manusia yang sempurna.

Hamba Allah ini ternyata belum matang mindanya.
Aku berharap dia menyedari kesilapannya.
Trolling is fun but not when it comes tu humiliating others.
Belajar lah lagi adik, kerana kamu itu ternyata belum cukup hidup lagi.
Kau perlu tahu dakwah itu harus dilakukan secara lembut.
Ibarat menarik rambut didalam tepung.

Aku bukanlah ahli agama, tapi aku suka memerhati
Kau harus belajar dari pemerhatian.
Jangan mudah merasa diri begitu superior hanya kerana kau di gelar ustaz di kalangan rakan-rakan.







2 comments:

NJihe.am said...

salam singgah. saya setuju dengan nasihat tuan blog ini. nasihat untuk saya juga. saya dah tag awak untuk contest yang meletop ni>> http://studioous.blogspot.com/2013/04/chanteq-de-mata-beauty-contest.html

Blitzenius said...

mana ustaz itu?? biar saya cabut kepalanya macam sotong!

oh heck, saya pun dah jadi macam dia barangkali. terlebih emosi. maaf.