AraNadeaMythology: Al Kisah Tersepak

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Sunday, April 21, 2013

Al Kisah Tersepak

Masa aku dok termenung selama 5 minit, aku teringat kat seorang abang ni.

Masa aku aktif silat dulu aku pernah lah sparing dengan lelaki.
Beberapa kali dengan trainer dan beberapa kali dengan student.
Aku memang asyik kena partner dengan lelaki.
Nak kata best pon kang orang pandang semacam pulak. haha
At least aku tahu nak bajet kekuatan lelaki.
Tak kisah la kot. Nak belajar silat punya pasal.

Nak dijadikan cerita, abang sorang ni aku cuma panggil dia ustaz.
Aku tak ingat pulak nama dia.Lupa dah heh.
So, kita gelar je dia abang ustaz sepanjang entry ni ye. haha.

Abang ustaz ni memang annoying ya amat
Aku memang tak sebulu dengan mamat nih.
Ada je benda dia nak komen pasal aku.
Pendek lah. kecik lah. apa lagi lah. haha
Tapi aku rasa dia kelakar sebenarnya,
Saja cover, sebab tak nak bagi can.

Satu malam tu, aku kena sparing dengan abang ustaz ni.
Di sebabkan mulut dia yang tak ada insuran tu, sepanjang malam aku angin je.
Bila dia bagi sekali kat aku, aku boleh la tangkis.
Bila time aku, aku bagi pemakan sampai berbunyi tulang dia.
Gila kuat ok. Semua orang gelak.
Sampai trainer kata "Haa, tu pemakan yang paling baik untuk malam ni."
Hahahaha. Sabar je la.

Masuk second round, kita orang ni kena buat aksi sepak.
Aku yang masih lagi annoyed, aku dengan tak sengaja tersepak sipi je nak kena bahagian penting seorang lelaki. hahahahah. *gelak jahat*.
Aku serius tak sengaja. Tapi macam aku cakap, sipi, SIPI je tahu!
Kalau aku tak control agaknya boleh tersepak 'tempat tu'.
Aku rasa aku tersepak tulang pelvis dia.
Abang ustaz cakap senak jugak la kat tempat aku sepak tu.
Kesian pulak aku tengok.
Asyik tekan je tempat yang sakit tu.

Disebabkan kejadian kami ni, group kami diberi rehat 5 minit.
Abang ustaz ni memang ceria orangnya, dah cedera boleh gelak-gelak dan senyum lagi.
Tak habis habis bagi tahu aku yang dia sakit dengan muka comel.
Aku rasa aku tak sempat cakap sorry.
Sebab trainer aku cakap tak payah minta maaf, siapa suruh dia tak fokus masa training.
Haha. Aku rasa kesian pulak kat dia.
Eleh abang ustaz nak meraih simpati pulak kan.

Apa pun semua tu dah 5 tahun berlalu.
Sekarang dengar kata abang ustaz telah selamat di ijab kabul.
Aku cuma mampu tersenyum setiap kali aku teringat kejadian tu.
Nasib baik sipi. Kalau tak aku rasa mesti kurang berfungsi sebab terkena sepakan maut aku.
Hahahaha. Kelakar kot.

Agak-agak dia ingat lagi ke tak?
Aku rasa mesti jadi kenangan yang tak dapat dilupakan antara aku dan abang ustaz. :)


Malam mood ceria.



1 comment:

Aku Penghibur said...

semoga ALLAH kuatkan jiwa kita :) bertenang :)