AraNadeaMythology: Kebersihan

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Saturday, April 20, 2013

Kebersihan

Malam yang hangat pijor begini memberi aku ilham untuk menulis.
Tajuk yang senang dan ringkas, mari sebut beramai-ramai
"KE..BER..SI..HAN"
Ya, pandai murid murid sekalian.

Alkisah bermula masa aku pergi menjelajah negeri Perlis Indera Kayangan minggu lepas.
Macam biasa lah, bas mesti akan berhenti di Bukit Gantang.
Kalau dah turun tu, tempat pertama yang aku akan pergi ialah tandas!
3 jam setengah dalam bas mesti la terasa nak buat segala urusan. 
Bila sampai je dalam tandas tu, mesti cari yang bersih.
Malang sekali, tak ada yang bersih.
Dalam hati aku ''desperate sangat ni wei, jangan memilih sangatlah"
Terpaksalah juga aku masuk ke dalam satu cubicle.
Urgh. Kotorlah. Tak lalu aku nak tengok.
Habis semua urusan, aku pun cubalah bersihkan apa yang tak berkenan dihati.

Tiba-tiba, ada sesuatu yang terdetik di hati.
Kenapa rakyat Malaysia tak mahu menjaga kebersihan di tandas awam?
Kau rasa tandas awam ni bukan kau yang cuci jadi kau boleh kotorkan sesuka hati lah kan?
Tolonglah, berhenti berfikir macam tu.
Kebersihan itu melambangkan keperibadian kita.
Tolong didik jiwa anda supaya menjadi seorang yang pembersih di tempat awam.
Jangan pembersih di rumah sahaja.
Itu hipokrit namanya.

Kebersihan harus di jaga, tak kira di mana anda berada.
Kita perlu bersikap perihatin.
Orang lain pun nak guna tandas awam ni.
Kalau dah ada simbol kenangan kau kat dalam tu, jijik lah orang nak pandang.
Serius jijik. Tak menarik.
Pesanan aku ni juga bukan hanya untuk menyuruh anda menjaga kebersihan tandas awam, 
aku merangkumi segala kawasan awam.
Dan jangan buang sampah merata-rata.
Dah buang boleh buat muka bangga pula.
Memang tak ada kesedaran sivik langsung.

Tak kiralah kau bangsa apa, agama apa, jadilah masayarakat yang pembersih.
Terima kasih.










No comments: