AraNadeaMythology: Kulit Bebas Cela : My Beauty Journey

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Monday, August 12, 2013

Kulit Bebas Cela : My Beauty Journey

Petang hari gini teringat pulak aku nak taip pasal beauty journey aku.
Beauty journey lah sangat. heh.
Matlamat aku bukan nak vogue de vass macam Che Ta.
Cuma nak kulit aku ni bebas dari jerawat dan clogged pores.
Kejadah clogged pores tu? Pori tersumbat lah sayang-sayang.

So, aku cuma akan bagi simplified version of my beauty journey.
Sonang nak membacanya kemudian hari.

Semester 1 Tahun 2007.
-Keadaan kulit berjerawat kerana kulit sensitif dengan keadaan air di kolej.
-Guna satu set Eucerin mak aku beli.
-Guna toner T3-saja beli tanpa sebab. haha.
-Hasil: Tiada perubahan.

Semester 2 Tahun 2008
-Keadaan kulit masih berjerawat. pfft.
-Guna produk Leesa Formula dan bedak berubat sebab masalah resdung dan jerawat.
-Hasil : Resdung kurang. Jerawat masih ada.

Semester 3 Tahun 2008
-Keadaan kulit berjerawat.
-Pergi klinik keluarga kat Ipoh. Dr. Chin perkenal produk Florentina Fiona dan T3 Mycin.
-Hasil : Masalah jerawat selesai. Perut jerawat pudar. Perut berlubang yang jelas.

-Guna produk Safi Balqis konon nak putih.
-Hasil : Tiada hasil. Hanya menambahkan masalah kulit berminyak.

-Guna produk Aiken+Safi Gamat.
-Hasil : Ubat jerawat Aiken menyebabkan kulit aku terbakar. Naik merah-merah.
-Mak bawak pegi klinik.

Semester 4 Tahun 2009
-Mula tahun ni mak introduce produk Simple. Pakai satu set. Tak dilupakan T3 Mycin penyelamat hidup aku.
-Berubat tradisional untuk masalah resdung.
-Hasil : Resdung berkurangan. Kulit bersih tanpa jerawat. Cuma masalah clogged pores.

Semester 5 tahun 2009
-Masih pakai Simple dan T3 Mycin.
-Keadaan kulit aku maintain bersih. Cuma kulit berminyak, kesan merah parut jerawat, dan parut jerawat berlubang.

Semester 6 tahun 2010. Degree Semester 3 tahun 2010. Degree Semester 4 tahun 2011.
-Sama seperti tahun sebelumnya.

Semester 5 Tahun 2011
-Hujung sem tu muka aku breakout balik, naik jerawat teruk sebab aku pakai Sebamed. pfffttt
-Mula guna Safi Gamat. Lepastu tukar Clean & Clear Acne Cleanser dan T3 Mycin.
-Hasil : Jerawat hilang. Kulit masih berminyak dan berparut. Large pores. Muka aku sunburn sebab tak pakai sunblock.

Tahun 2012
-Awal tahun muka aku bersih. tapi lepas aku ambil satu supplement tu muka aku naik jerawat. Aku stop makan. Tak sesuai kot. Masalah resdung kembali.
-Jumpa produk Nuteen. Guna toner je. lepastu tempek T3 Mycin.
-Hasil : Jerawat hilang dan ada parut merah-merah.

-Saja gatal try moisturiser Clean & Clear.
-Ok je. tak ada apa luar biasa hasilnya.

-Beli St. Ives Apricot Scrub pore minimizing and blackhead eliminating.
-Hasil : Kurangkan masalah kulit berminyak aku je. Tidak seperti produk description. heh.

Tahun 2013
-Kembali kepada Simple. But then aku beli pencuci muka NuTeen tapi tak best sangat. Muka aku berminyak jugak.
-Start hujung bulan Januari aku makan collagen rumpai laut dan pakai produk Collagen Plus Vit E.
-Bulan April aku campur pakai SF with vit E. T3 Mycin itu wajib!
-Hasil : Jerawat tak berani nak hinggap kat muka oi! tapi selalu ada clogged pores. Masalah resdung berkurang. Large pores, kulit kurang berminyak.Kulit lebih cerah dan lembut. Yeay!

Sekarang
Guna Simple dan Adapalene Gel(ubat jerawat ganti T3Mycin). Saja suka tukar-tukar tak nak bagi muka biasa dengan satu produk. Oh yea, mengambil madu sebagai supplement. Rumpai laut pun masih makan lagi. Maybe nak try produk collagen yang ada kat pasaran sekarang. Any suggestion?

Masalah kulit by12 August 2013:
1. Clogged pores-settled by using Adapalene Gel
2. Kulit berminyak tapi tak berjerawat-tak tahu nak guna produk apa lagi
3. Large pores-sama seperti diatas
4. Parut berlubang-nak cuba Sendayu Tinggi Perfect Skin Treatment

**UPDATED 14/05/2014
1. Clogged pores-Neutrogena Deep Clean Facial Wash & Sensual Plus Pure Vitamin C Serum
2. Kulit berminyak-Neutrogena Deep Clean Facial Wash
3. Large pores-(akan cuba Sensual Plus Tightening Serum)
4. Parut berlubang-(akan cuba Ayla Myra Stemcell Peptide Serum balik atau Beautee Placenta Serum)


Nak cantik kena rajin, disiplin dan konsisten. Insyaallah akan dapat hasil yang diidamkan
**Entry panjang, terima kasih sebab sudi baca ye... ^_^


2 comments:

Haneeza Mohamad said...

such a long journey.. hehe,simple okey eh?

Ara Nadea said...

yup.. elok.. sesuai utk semua jenis kulit..