AraNadeaMythology: Product Review : D'Herbs Set Lunas R'sdong

Pages

Words Of Wisdom

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya, dan banyak rintangannya.-Imam Ghazali
I am a little deaf, a little blind, a little impotent, and on top of this are two or three abdominable infirmitives, but nothing destroys my hope.-Voltair

Tuesday, September 10, 2013

Product Review : D'Herbs Set Lunas R'sdong

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Ecewah. kau bajet pembaca berita ke cik kak? hahaha

Take note bahawasanya tidak akan ada gambar buat sementara waktu ini.
Alasannya kerana internet aku lembab tahap siput!
Ye siput! tapi aku rasa siput pun lagi laju. (-.-")

So, berbalik kepada topik kita pada hari ini,
Aku nak review produk D'Herbs Set Lunas R'sdong.

Satu set mengandungi ubat kapsul 40 biji, sabun cuci muka dan bedak berherba.
Untuk permulaan opah aku syorkan untuk ambil pil tu sebiji sehari.
Sebabnya takut badan aku terkejut ambil herba.
Kang naya je. Herba kan panas.
Walaupun ambil sebiji je, aku mesti minum 2 liter air sehari.
Membantu untuk menyingkir apa yang perlu.
First 10 hari ambil sebiji sehari, lepas tu 2 biji sehari sampai habis.
Mula-mula tu rasa gatal mata, hidung, telinga. Stress gila oi!
Ingat tak bagus pulak produk ni, tapi aku sabar. Makan sampai habis.
Sekarang ni dah 20 hari aku ambil.
Hidung, telinga mata dah kurang gatal. Ohsem kan?

Sabun cuci muka dia warna coklat+hijau.
Tapi wangi! Wangi sangat. Lepas cuci muka guna sabun ni muka rasa fresh.
Tak ada rasa tegang. Lembut je muka.
Kalau ada jerawat yang kecik-kecik tu boleh bantu untuk kecutkan.

Bedak berherba tu kena bancuh.
Ala, macam pakai bedak sejuk.
Lepas bancuh tempek kan kat muka.
Jadilah muka berwarna kuning seperti pikachu!
Wahahaha.. Aku serius lah.

Dalam tempoh pakai produk ni aku ada campur dengan adapalene gel.
Double dose untuk jerawat yang muncul.
Maybe pasal ada hari aku kurang air, so dia keluar sebiji dua jerawat.
No worries lah.
Conclusion, aku amat mengesyorkan produk ni kepada yang menghidap resdung.
Belum cuba belum tahu kan?

Harga:
Kapsul Lunas R'sdong RM36.90 (40 biji)
Sabun Lunas R'sdong RM24.90
Bedak Berherba Lunas R'sdong RM18.90 (ada 4 peket)
Further details check sini -> http://www.deherbs.com.my

Aku beli dapat offer price RM76. Berbaloi.
Next entry buat review pasal Syampu & Krim Super Lebat pulak.







2 comments:

sikman bdk limbang said...

Assalamualaikum .... Kwn sya ad bli set lunas r'sdong 2 tpi sya lht mka dia smkn byk jrawat tmbh .... Knpa 2 blh bgtau k ??? TQ :)

Ara Nadea said...

saya pun sama. sebab resdung tu nak keluar. tapi saya tak tahan sangat lepas tu terus stop.